Friday 25 May 2012

Debat Yang Ditunggu-tunggu Oleh Rakyat Malaysia...

debat-anwar-eskayxx KEMASKINI : Kalau nak sebut tentang debat...inilah sebenarnya debat yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap rakyat di negara ini.Jangan sebut soal debat Najib VS Anwar kerana yang pasti 100 kali ganda meletop sakan tentulah Anwar VS Eskay.
Sudah lama semua orang tunggu kebenaran dari isu yang didedahkan pada awal tahun 2011 itu.
Anwar selama ini hanya buat 'penafian kosong' tentang dakwaan itu yang melibatkan pendedahan aksi seks dan CCTV naik turun lif di apartmen bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah.
Ada berani?...ramai bertaruh, kerat jari pasti Anwar menikus.
Nak saman Eskay pun tak berani apa lagi nak berdebat.

Tentu seronok mendengar Anwar-Eskay berentap tentang fakta adventure mereka pada malam syahdu itu.

Kita juga nak dengar isu perut buncit yang didakwa Anwar untuk nafikannya dan jam Omega yang tertinggal di bilik apartmen itu.

Mungkin Eskay boleh cerita jam berapa beliau ambil Anwar di rumah dan babak-babak menarik lain termasuk hal-hal di Bangkok yang didakwanya turut berlaku.

Untuk menguatkan hujah-hujahnya Eskay mungkin boleh bawa pakar video dari luar negara untuk menjelaskan dari sudut teknikal bahawa video itu tulin.

Macam mana pula Anwar nak bersilat nafi semua hal ini depan bekas rakan karib yang dakwa beliau ada di lokasi dan dalam video itu sendiri.

Siapa agaknya yang bakal terkencing dalam seluar ?
Tinjauan Agendadaily mendapati ramai yang berpendapat Perdana Menteri tidak perlu layan langsung Ketua Umum PKR itu mengidam hendak berentap dengannya di pentas.
"Settle dulu bab dengan Datuk Eskay...itu baru anak jantan namanya "

anwar-lif1xx
Lagipun menurut mereka jangan lupa Anwar sendiri tidak layan langsung tuntutan agar bersumpah di masjid isu kes liwat dan video seks 99.9 peratus tulin.
Macam-macam alasan diberi untuk elak diri dari bersumpah.
Bagi mereka kalau beliau sendiri buat buat kering tidak layan tuntutan bersumpah...kenapa perlu siapa saja buang masa diambil kisah padanya.
Memang ramai yang bersetuju bahawa Anwar cuma hendak 'mengsucikan' dirinya dengan dapat duduk atas pentas bersama Perdana Menteri.
Sumber-AGENDADAILY

Wednesday 23 May 2012

Jom ke Melaka...

Cuti sekolah dah nak tiba, jomlah ke Melaka dan menginap di sini http://www.facebook.com/pages/Jafmanurins-Homestay/102119009838924

Wajarkah PM berdebat Dengan Orang Ini?

najib-anwar-debatxxModerator debat antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengenai isu PTPTN Selasa malam cuba cetus sensasi pada ulasan akhirnya.
Apa lagi kalau bukan cabarannya  supaya dianjurkan debat antara "Najib dan Anwar" menjelang PRU ke 13.
Moderator Dr Maszlee Malik bahkan bertanyakan 'beranikah' Najib menyahut cabaran tersebut...
 Apakah Najib takut berdebat dengan Anwar? Bunyi cakap moderator itu nampak menjurus ke situ.
Ini kerana Anwar sudah berkali-kali kata beliau sedia berdebat dengan Najib.
Jika dilihat dalam konteks yang lebih halus sebenarnya ini bukan soal berani atau takut.
Soalan yang betul sepatutnya : Wajarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Hendak berdebat ini macam hendak bertanding tinju juga, mesti memenuhi syarat-syaratnya sebelum boleh kita atur pertandingan.

debat-moderator
Apa syarat-syaratnya, pertama mesti ada dengan lawan yang bermaruah, punya kredibiliti khususnya dari segi  moral.
Kedudukan yang setara itu bukan soal pangkat semata tetapi lebih penting adalah kredibiliti, maruah diri dan penerimaan lawan masing-masing.
Rasanya soal yang tuan moderator itu patut renung-renungkan wajarkah Najib sebagai Perdana Menteri menerima cabaran dari seorang yang moral yang dipertikaikan?

Kalau ayat itu belum jelas...wajarkah Najib berdiri  sepentas berdebat dengan seorang yang dicurigai bintang porno yang video seksnya sudah disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulen.
Juga wajarkah Perdana Menteri berdebat dengan orang yang didakwa meliwat, dua kali di mahkamah terbuka dan mengambil pilihan membela diri tanpa bersumpah?
Fakta mahkamah jelas tertulis hitam putih Anwar bebas semata-mata kerana soal teknikal.
Itu baru soal moral dan kredibiliti, sebab jika di negara lain, termasuk Amerika Syarikat, pemimpin politik yang ada masalah moral berkaitan seks semuanya meletak jawatan.
Pemimpin di Turki, Indonesia,China, India hatta Russia sekalipun yang didedahkan mempunyai video seks atau skandal seks semuanya meletak jawatan.
Kecuali Anwar, beliau ketika didakwa atas tuduhan meliwat  pembantu sendiri pada Jun 2008, bukan meletak jawatan sebaliknya menyuruh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan beliau bertanding pilihanraya dan diangkat jadi ketua pembangkang.
Harus diingat, Anwar jadi ketua pembangkang selepas didakwa di mahkamah kali kedua berkaitan dengan tuduhan sama iaitu meliwat.
Kes ini adalah rekod, kali pertama di dunia, sebab di Amerika ketika Bill Clinton dituduh terlibat dengan skandal seks, Demokrat yang dipimpinnya kalah pilihanraya dan karier politik beliau diambil alih isterinya Hillary, yang kini merupakan Setiausaha Negara Amerika.
Kecuali Anwar, orang Utara kata terbalik kot, beliau dituduh ada skandal seks, isterinya pulak yang merupakan MP dan ketua pembangkang kena letak jawatan untuk beri laluan kepadanya.
Apa punya turrr....
Jadi apakah perlu Najib melayan orang yang begini, hendak berdebat sepentas dengan beliau, yang secara tidak langsung mengesahkan keabsahan Anwar sebagai pemimpin dengan kredibiliti, maruah dan moral yang setara?
Soal penyokong pembangkang boleh hidup dengan buat muka tebal ...itu soal mereka. Soal Anwar sendiri tidak malu itu masalah peribadinya, tetapi Najib sebagai pemimpin sebuah negara berdaulat perlu ada rasa malu untuk sepentas dengan orang yang dicurigai 'aktor porno' ini.
Siapa boleh lupa klip video dia dok kibas boxer putih lepas baik punya balun amoi itu...
Ya ampunnnn....kata orang di tanah seberang, Indonesia.
Itu baru hujah kredibiliti dan moral belum lagi soal hujah kedudukan Anwar sebagai pemimpin yang dipilih secara demokratik.
Najib dipilih oleh ahli UMNO jadi  Presiden. Presiden UMNO dipilih oleh BN jadi Perdana Menteri, semuanya berdasarkan proses pemilihan yang dibuat berdasarkan sistem demokrasi.
Soalnya, macam mana Najib hendak berdebat dengan Anwar, dalam ruang demokratik, sedangkan fakta di depan mata ialah status quo Anwar yang tidak dipilih secara demokrasi.
Jawatan beliau tidak dipertandingkan, jawatan tertinggi dalam PKR adalah presiden, bukannya penasihat atau ketua umum.
Jadi apa locus standi Anwar hendak dakwa dirinya pemimpin sebuah parti  jika beliau tidak dipilih secara demokratik oleh ahli partinya sendiri?
Anwar dipilih jadi ketua pembangkang di Parlimen bukan sebab partinya mempunyai kerusi paling banyak, tetapi kerana PAS dan DAP yang melantiknya sebagai ketua kerana mereka tidak mempunyai pemimpin yang diterima kedua-dua pihak untuk jadi ketua.
Jumlah MP PKR yang menang 2008 adalah 31 orang, yang keluar parti jadi bebas lima orang, jadi 27 MP yang tinggal.
DAP menang 28 kerusi Parlimen dan kekal, PAS menang 24 kerusi Parlimen tambah satu di Kuala Terengganu yang dimenangi dalam pilihanraya kecil.
Atas kertas sekarang ketua pembangkang sepatutnya dari DAP, bukan PKR, tetapi sebab PAS dan DAP berbeza ideologi, dan akan bangkang jika dicadangkan makanya dipilih Anwar jadi orang tengah.
Sekali lagi dari segi demokrasi Anwar tidak ada locus standi untuk jadi ketua pembangkang kecuali kerana keterbatasan pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sendiri.
Akhirnya, ramai percaya, dengan segala pengalaman, rekod kerja, keyakinan diri, wawasan dan semangat setiakawan BN, Najib langsung tidak takut berdebat dengan Anwar.
Lebih melucukan semua orang tahu ketika pemilihan parti yang kononnya perjuangkan demokrasi sana sini dicemari dengan acara 'baling kerusi'.
Isteri jadi presiden, bekas pegawai sulit jadi timbalan presiden, anak dan peguam jadi naib presiden...
Apakah hina sangat Presiden UMNO untuk berdebat dengan pemimpin dari parti yang begini?
Lebih jauh dari itu Anwar yang hanya bijak bercakap bukan seorang yang 'walk the talk'.
Dia boleh janji bulan dan bintang hanya untuk dapat jawatan,dan kemudian dengan 'tebal muka' nya buat-buat lupa apa yang dijanjikannya.
Seperti yang jadi kepada penduduk Kampung Pala di Pulau Pinang,juga seperti fakta yang dibacakan oleh Khairy ketika menggulung debatnya.
"Jika pendidikan pra sekolah yang dalam manifesto PKR 2008 pun tidak dapat diberikan secara percuma selepas menang, janganlah janji pendidikan di peringkat lebih tinggi,"
Anwar hanya mahu menjadikan debat dengan Perdana Menteri bagi ' mengsucikan ' imej dan kredibiliti yang tercemar oleh dakwaan kebuasan nafsunya sendiri.
Siapa tidak mahu dapat duduk sepentas dengan Perdana Menteri untuk menjadi tatapan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa.
Sayang sikit tuan moderator itu tidak melihat dari aspek ini. Cabaran populis itu memang mudah menarik tepukan gemuruh. Semua suka tengok orang bertinju.
Ingat ungkap kata Inggeris : mirror...mirror ..on the wall. Elok sekali tuan moderator mengesyorkan agar Anwar jeling-jeling dulu pada cermin sebelum nak mengidam berentap atas pentas dengan Perdana Menteri .
Ini bukan takut...ini soal maruah.
Sumber-AGENDADAILY

Tuesday 22 May 2012

Menunggu Wisel Pilihanraya...

pil-poster513Sana-sini makin rancak orang bercakap pasal pilihanraya, walau tidak pasti lagi tarikh tepatnya bila.Ada yang ramal dalam bulan Jun,ada yang agak-agak awal bulan September dan ada yang duga cuti sekolah bulan November.
Demam pilihanraya makin terasa bila parti-parti politik di Malaysia, makin banyak buat program dan mula bercakap soal 'serah nama calon'.
Ikut tradisi BN, nama-nama calon akan diserahkan kepada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO biasanya tiga, empat bulan sebelum pilihanraya umum.
Nama-nama calon yang diserahkan oleh parti-parti komponen itu akan diperhalusi supaya jika ada pertindihan, atau masalah berbangkit, ada masa untuk buat keputusan.
Tambah jika kita ambil kita pilihanraya ke 13 ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak "ibu segala pilihanraya" maknanya soal calon tidak boleh buat main-main.
Tambah-tambah bila Najib secara terbuka gariskan antara syarat penting untuk dipilih jadi calon adalah 'winnabe candidate'.
Maknanya senarai calon kena 'tapis' berkali-kali, sebab biasanya semua calon rasa dia boleh menang.
Antara yang awal serah nama calon pada PM adalah Gerakan, parti komponen BN yang kalah paling teruk dalam pilihanraya umum lalu.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilaporkan berkata separuh daripada senarai nama calon Gerakan terdiri daripada muka baru sebagai usaha mencerminkan pembaharuan yang dilakukan oleh parti itu.
"Kami telah serahkan senarai kami, orang yang kami nilai (dan calonkan) ialah yang yang paling boleh menang. Tetapi ini masih belum muktamad kerana kami melaksanakan proses penilaian berterusan," katanya.
Gerakan serah nama calonnya pada awal Mei dan Koh Tsu Koon tidak nyatakan berapa kerusi yang dipohonnya atau berapa nama calon yang telah diserahkan.
Sementara itu, satu lagi parti komponen BN,  MIC juga dilaporkan sudah menyerahkan senarai calonnya kepada PM.
Menariknya adalah MIC meletakkan dua nama bagi setiap kerusi yang mahu ditandingi, mungkin bagi memudahkan PM buat pilihan.
"Kita telah menghantar dua nama calon bagi setiap sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi dewan undangan negeri," katanya  pada Ahad.
Menurut Palanivel perbincangan untuk menyenarai pendek nama-nama tersebut akan dilakukan selepas Perdana Menteri yang kini berada di Amerika Syarikat, kembali ke tanah air.
"Senarai calon yang dihantar adalah kombinasi muka baru dan lama termasuk calon wanita, mempunyai pengalaman dan sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda," katanya.
Palanivel berkata, MIC juga bersedia berbincang mengenai cadangan pertukaran kerusi dengan parti komponen BN yang lain berdasarkan situasi menang-menang.
Manakala bagi parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) telah menyerahkan senarai calon untuk bertanding di enam kawasan Parlimen dan 12 kawasan DUN dalam PRU akan datang.
Presidennya Datuk M. Kayveas berkata antara kawasan yang mereka cadang untuk bertanding termasuk satu kerusi DUN di Kedah.
Ia turut berhasrat untuk kekal bertanding di kerusi kawasan Parlimen Taiping.
"Saya pun tidak akan menolak jika turut dicalonkan semula di mana-mana kerusi Parlimen yang direstui oleh pucuk pimpinan, kerana saya sentiasa akan terus menyumbangkan khidmat saya kepada BN," katanya pada Ahad.
Sementara itu, di pihak pembangkang pula, kalau ikut cerita Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pakatan pembangkang bakal mengumumkan pengagihan kerusi dan calon yang bakal bertanding awal bulan depan.
“(Pengumuman akan dibuat) minggu pertama Jun, saya kira kita boleh membuat satu ketetapan tentang pengagihan kerusi dalam PR, saya cukup optimistik. Pengumuman calon kita tengok suasana sesuai. Parti akan menonjolkan muka baru dalam kalangan anak muda, profesional dan wanita muda untuk mewakili parti.
“Ini dalam proses akhir, yang penting kita mahu anak muda hari ini diberikan tempat dan ruang untuk mewakili rakyat dalam menggubal dasar sama ada di peringkat Parlimen atau negeri. Ini satu penghormatan dan pengiktirafan kita kepada anak muda untuk menentukan negara dan negeri,” katanya di Seremban pada Ahad.
Azmin berkata, Selangor adalah negeri pertama dimuktamadkan pembahagian kerusi bersama anggota PR.
“Satu mesyuarat PR khusus mengenai pembahagian kerusi beberapa hari lalu diadakan, jumlah yang bertindih terlalu kecil. Boleh dikatakan setiap negeri ada satu atau dua kerusi sahaja yang perlu diselesaikan. Ini satu pencapaian cukup positif.
“Saya gembira kerana dukungan pimpinan PR, kita dapat selesaikan dengan cara muafakat,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Selain pembangkang, turut merancangkan pilihanraya umum kali ini adalah Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) yang umum akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin Hindraf P.Uthayakumar berkata calon-calonnya akan bertanding atas tiket bebas dan beliau sendiri akan bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.
Selain dua kawasan itu, Hindraf merancang untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Kelana Jaya dan kerusi DUN Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia, katanya di Klang Selangor.
Uthayakumar berkata Hindraf memilih bertanding di Kota Raja dan Seri Andalas kerana kedua-dua kawasan itu dapat tumpuan lebih masyarakat India.
Beliau berkata Hindraf tiada pilihan tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana sehingga sekarang tiada berita tentang pengagihan kerusi daripada Pakatan Rakyat untuk Hindraf.
Sumber - AGENDADAILY

Monday 21 May 2012

Muzakarah: PAS makin bercelaru... Cakap siapa nak pakai ni...

muzakarah513Kalau orang ikut bahasa orang Penang, keadaan dalam PAS berikutan cadangan muzakarah ini kira CACAMARCA. Semuanya bermula selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat duk tak duduk buka mulut pasal kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun disambut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa muzakarah tersebut hanya akan dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13. Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulak kata tidak akan bercakap soal perpaduan dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan luar biasa.
Antaranya bersihkan sistem pilihanraya dan kebebasan akhbar yang tidak ada kena mengena dengan soal perpaduan umat Islam.
Dan pagi ini, Nik Aziz pula bercakap bahawa muzakarah itu boleh buat sebelum pilihanraya dan cara dia jawab soalan wartawan itu muzakarah tersebut macam rundingan politik bukan soal perpaduan umat Islam seperti yang diwar-warkan sebelum ini.
Masalahnya, cakap sapa yang hendak kita pakai ni? Nik Aziz, Hadi atau Tuan Ibrahim?
Nik Aziz di Kuala Terengganu pagi ini mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya.
Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.
"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.
"Pendirian Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf," kata beliau.
Jangan halang muzakarah - Tun Mahathir
Dalam pada itu, pemimpin tertinggi PAS yang berbeza pendapat dengan  Nik Aziz berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan UMNO tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.
"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.
KBernama melaporkan Dr Mahathir berkata pemimpin PAS harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.
"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya.
Mengenai gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya dibincangkan kewajaran penggunaan perkataan Islam oleh PAS, Dr Mahathir berkata beliau telah merasakan umat Melayu akan berpecah semasa Pas mendaftar perkataan Islam dalam nama parti itu dulu.
"Saya rasa Melayu akan ada masalah dan berpecah belah pasal dia (PAS) nak menentang agama tidak boleh. Dia perlu ambil kira keadaan dalam negara....jadi Melayu akan berpecah.
"Sebelum itu ulama-ulama Pas adalah orang Umno tetapi pasal UMNO tidak pilih ulama jadi Yang Berhormat lalu mereka keluar. Jadi saya berpendapat penggunaan nama Islam pada parti tetap membawa berpecahan," katanya.
Di KULIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata muzakarah antara kumpulan umat Islam di negara ini seperti UMNO dan PAS sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan orang Melayu di negara ini.
Bagaimanapun, katanya muzakarah itu hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tulus.
"Tetapi kita tidak mahu isu ini kelak seperti yang pernah berlaku lebih kepada satu polemik politik dan jika ini berlaku hanya akan membuang masa sahaja," katanya.ra, beliau yakin majoriti rakyat negara ini tidak menolak muzakarah itu.
Katanya cadangan tersebut, jika terbit dari ketulusan hati, masa depan perpaduan dan perhubungan erat rakyat di negara ini akan lebih terjamin selaras dengan tranformasi kerajaan kini.
Sumber-AGENDADAILY